Kami komited untuk melindungi, menghormati, dan menjaga kerahsiaan maklumat peribadi anda. Dasar Privasi ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, dan melindungi maklumat peribadi yang anda kongsikan kepada kami melalui saluran rasmi dan urusan perkhidmatan kami.
1. Maklumat yang Kami Kumpul
Kami hanya mengumpul maklumat yang diberikan oleh anda secara sukarela melalui saluran rasmi kami, sama ada secara dalam talian atau secara langsung kepada pihak kami.
Maklumat ini termasuk:- Nama penuh dan nombor Kad Pengenalan
- Nombor telefon dan alamat e-mel
- Maklumat perbankan yang berkaitan
- Alamat kediaman
- Dokumen dan maklumat berkaitan urusan yang dikendalikan oleh pihak kami
2. Penggunaan Maklumat
Segala maklumat yang anda kongsikan digunakan secara sulit untuk tujuan:
- Menjalankan semakan awal bagi memahami skop keperluan, urusan dan perkhidmatan.
- Menghubungi anda semula bagi sesi perundingan atau urusan pengurusan permohonan dan urusan yang berkaitan.
- Menyusun dan mengurus dokumen serta maklumat berkaitan mengikut skop urusan dan perkhidmatan yang berkaitan.
3. Perlindungan dan Kerahsiaan Data
Kami memahami kepentingan privasi anda, terutamanya melibatkan urusan dan perkhidmatan yang dikendalikan oleh pihak kami. Kami melaksanakan langkah keselamatan pentadbiran serta teknikal yang sewajarnya bagi memastikan data anda dilindungi daripada akses, pendedahan, atau perubahan yang tidak sah. Kami tidak akan menjual, menyewa, atau berkongsi maklumat peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga untuk tujuan komersial mereka.
4. Pindaan Dasar Privasi
Kami berhak untuk mengemas kini Dasar Privasi ini pada bila-bila masa bagi mematuhi keperluan undang-undang dan operasi perniagaan kami. Sebarang perubahan akan dipaparkan secara terus di halaman ini.