Agensi Perundingan Masalah Pinjaman & Pengurusan Permohonan Bantuan MasyarakatHotline: +60 17-619 0045 | +60 11-3510 1002

TENTANG KAMI

Peranan Kami dalam Membantu Anda

Dila Management & Consultancy

Dila Management & Consultancy adalah agensi perundingan dan pengurusan yang membantu individu serta keluarga dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan berkaitan pinjaman, serta menguruskan permohonan bantuan masyarakat dan urusan berkaitan melalui saluran yang bersesuaian.

Kami memahami bahawa setiap pelanggan mempunyai situasi dan keperluan yang berbeza. Sehubungan itu, perkhidmatan kami dibahagikan kepada dua bahagian utama:

1. Perkhidmatan Perunding

Perkhidmatan perundingan dan panduan berkaitan pelbagai masalah pinjaman peribadi, sama ada pinjaman berlesen atau tidak berlesen, khususnya bagi yang terkesan akibat pinjaman bermasalah, bagi membantu pelanggan memahami keadaan semasa, menilai pilihan yang ada, dan mendapatkan jalan penyelesaian yang lebih teratur serta bersesuaian.

2. Pengurusan Permohonan Bantuan Masyarakat

Perkhidmatan pengurusan permohonan bantuan masyarakat serta urusan berkaitan, di samping membantu individu dan keluarga menyusun permohonan bantuan dengan lebih tersusun serta menggunakan saluran institusi atau pertubuhan kebajikan yang bersesuaian.

Penafian:

Syarikat kami adalah entiti swasta bebas yang menawarkan khidmat perundingan dan pengurusan peribadi. Kami bukan institusi kewangan, tidak menawarkan pinjaman wang, serta tidak mempunyai sebarang kaitan rasmi dengan mana-mana agensi kerajaan mahupun badan berkanun. Sebarang kelulusan dan keputusan akhir adalah di bawah bidang kuasa mutlak institusi atau pihak yang berkaitan.

15+ TahunPENGALAMAN OPERASI
8,000+KES BERKAITAN DIBANTU
50,000+ADUAN BERKAITAN DITERIMA

Angka yang dipaparkan adalah anggaran berdasarkan rekod dan pengalaman operasi.

Perkhidmatan Perunding

Perkhidmatan perundingan dan panduan penyelesaian bagi membantu mangsa penipuan pinjaman dan individu yang terperangkap dalam isu pinjaman tidak berlesen.

Terokai perkhidmatan →

Pengurusan Permohonan Bantuan Masyarakat

Perkhidmatan pengurusan permohonan bantuan masyarakat serta panduan bagi membantu individu dan keluarga menyusun permohonan bantuan lebih tersusun.

Terokai pengurusan →